Wednesday, July 8, 2015

PA says hi!

P.E.A.C.E..B.E..U.P.O.N..Y.O.U :)

Salam semua!

Hahaha sumpah dah lama gila tak tulis/post something dekat blog ni. Blog ni pun dah macam hidup segan mati tak mahu. Lol. Sekarang ni tengah summer break for three months and im at Malaysia uolls. Im so happy dapat celebrate ramadhan and syawal dekat sini. Huhuhu Cuti ni memang takde buat apa pun. Melantak je keje. Mihmih

Since aku pun takde idea nak tulis apa, i decided to share some pictures while im at states. :) Enjoy!


This is my roomie for two semesters. Say hi to Wani!


First Eid Celebration at Penn State with #pikachugals :)

About an hour before depart.

Penn State pride. Lion shrine.

Freshmen 2014

This picture was taken at Greensburg. We were collecting fund for children who suffered with cancer.

Yayy to Malysian food! At JPA officer's house, Washington DC.


Acah-acah swag leteww. Haha

My first trip to Philadelphia. 


Philly!

Philly jugak! I love the buildings there. Unik.

LOVE Park. <3

View masa otw balik State College from Philly.

Tu dah kenapa tido pulak.. Lol



Nampak tak muka excited tu? Hahaha

My first snowman!


Thon event at BJC.

KJ uolls. masa ni event East Cost Festival at Penn State.

Okay cukuplah tu. Bukan ada orang nak tengok pun hahaha. Saje upload sebab nanti kalau bosan2 boleh lah baca blog sendiri. Hahaha

Klau perasan semua gambar muka orang yg sama je. Lol. Takpe next sem i'll expand my circle of friends. ;p Doakan kami semua dapat belajar dgn tenang dan senang. Amin.

Kbai...

p/s Selamat menyambut bulan Ramadhan al mubarak!


Tuesday, October 21, 2014

In My Heart

P.E.A.C.E..B.E..U.P.O.N..Y.O.U :)

Assalamualaikum! it has been awhile since last i post something on my blog. last post was november last year. almost a year lah jugak tak update. Banyak sangat benda yang berlaku throughout that time. Exam A-Level 2 bulan then cuti, raya, result keluar, pre-depart, fly. and now i am at states. I can say that it was a miracle that I am here. Alhamdulillah syukur. I have been through up and down during these time. Banyak sangat dugaan yang datang tapi alhamdulillah Allah beri kekuatan dekat me myself and others. Lagi-lagi time result keluar haritu. Ya Allah memang dah taknak ingat lagi dah. Orang lain tengok kita semua macam happy gila and dapat all the things that we want. But it is not that easy. Banyak kali jugak lah menangis. Dulu, sampai dah fed up taknak buat apa-apa. Down dia Allah jelah yang tahu. Thanks to all friend and family yang selalu support sampai lah dimana aku ade sekarang. Orang cakap mmg susah nak cari kawan yang ada time susah and senang. Tapi I am really glad that Allah grants me a bunch of idiots people yang sentiasa ade thru thick and thin. Haha.

 Tetiba rasa macam nak dedicate this whole post to my ex-housemates dekat Intec. Eza, Emy and Qila thanks for being my housemates. Ya Allah sangat bersyukur sebab serumah dgn mereka-mereka ni. Each of them has their own personality yg can differentiate them with other people. Eza, yang penuh dengan kasih sayang yang kadang-kadang buat aku rimas as in awkward (?) sebab aku ni bukan yang jenis express sgt. lol . Kesian kau eza tapi thanks la sebab bersabar gila layan aku. Lepas tu selalu bawak naik motor beli KFC. Hahaha. Paling jaga waktu solat. Rajin ingatkan kiteorg semua yang macam sakai gila ni. haha. Now, she is at Essex Uni, UK. The only one yang pergi UK dalam rumah tu. I hope u can 'masuk' dengan haousemate kau sekarang ni sebab dah ade pengalaman nak layan kiteorg tiga orang yanga sakai ni. hahaha 

Next is Emy. My fangirling-mate. Minat BigBang sebab dulu aku selalu buka lagu Blue. Awal-awal dulu macam 'eh aku yg minat dulu. Kau jgn nak lebih-lebih pulak!' Haha. Sebab dia ni expert gila pasal gossip semua. Yang mengajar aku baca Beautifulnara. Paling banyak merosakkan aku. Hahaha. Tapi best gila kalau heart-to-heart talk dgn dia ni walaupun jarang gila kot. Aku selalu jadi mangsa bebelan minah ni sebab aku sorang je yg rajin nak melayan dia. Bukan apa, sebab aku ni jenis yang memang akan dengar org bercerita. Tak sampai hati nak ignore je. Tapi aku selalu di'ignore'kan. Sedih kot! lol. Now we are here at Penn State and struggling to be here for the next four years. Please pray for us. 

My third housemate, Qila. Budak kecik from nogori. Dia suka lagu nasyid and sumber lagu unic aku. lol. Tak suka layan orang. Kadang-kadang tu panas lah jugak aku tapi buat bodoh je la kan sebab dah nature dia macam tu. Nak buat macam mana. Haha. Best random talk dengan budak ni sebab dia pun jenis yang random gila pastu pakai redah je. Budak yg BACA buku Statistics time nak exam. Hahaha. Now she's at Washington, Seattle. Lagi satu budak ni suka gila pergi Daiso kat mid valley lah selalunya. Aku rindu nak main dengan Mr.Scotland kau. Selalu kalau aku dah fed up nak study, nanti aku masuk bilik dia then cakap-cakap dengan bear dia. Hahaha serupa orang gila. Ahhh im really miss those moments. T.T

Alright. I should stop here. Actually memang banyak benda nak cerita tapi tak rajin nak menaip lagi. wuwuwu. Btw weekend haritu pergi canning. Dia macam kutip derma untuk paediatric cancer. OMG best gila okay. That was the best memory since duduk sini. Hehehe. First time keluar dari area State College ni sebab tu macam excited. Okay wanna hit the sack jap lagi. Good night!

Wasalam. 

Sunday, November 24, 2013

Third sem was over!

Assalamualaikum :)

Setelah sekian lama tak update blog, maka harini aku ambil inisiatif untuk post. Actually, baru lepas stalk blog dak Wana. Kenapa ntah tetiba rase macam rindu nak type. 
Firstly, nak cakap yg rindu gila kat classmates IK Clan, budak dorm J16, and memory kat hostel. Agagaga.

Seronoknya lahai waktu sekolah dulu. Dulu aku rajin lah jugak nak belajar. Sekarang ni dah jadik pemalas nak mampus. Menyampah dgn diri sendiri. 

Aku tengah cuti sem sekarang ni. Awal bulan Jan nanti dah masuk sem baru (final sem). And dalam bulan March ada trial edexcel. External exam maybe dalam bulan May kot. Tak tgk lagi academic calendar untuk next sem. Ya Allah cuak sangat okay. Aku tak pernah nak lepas pointer. Bagi aku susah lah jugak. Mungkin senang bagi bdk2 yg rajin dan pandai. Hmmm.

Cuti sem ni tak boleh nak enjoy sangat kot sebab banyak kerja nak kena buat. Dgn personal statement nyaaa. Essay uni nyaaa. SAT nyaaa. Alhamdulillah IELTS dah lepas. 

Kadang-kadang org mesti cakap bestnya nak fly dah. Tp it is not as easy as people thought. 
Kadang-kadang pernah jugak terfikir kenapa aku kat sini.
Kadang-kadang rasa menyesal sebab keluar UIA.
Kadang-kadang ada rasa nak give up.

Tapi. 
Perancangan Allah itu maha luas. Sampai kita pun tak boleh nak expect what will happen next. 

Bila rasa sedih. Rasa nak give up. Rasa tak mampu. Rasa penat sangaaaat.
Apa yang terbayang kat mata ni parents aku je. Takka nak hampakan dieorang kan. Kita yg bagi harapan dekat parents tapi sanggup ke nak hancurkan harapan yg kita bagi tu?

Sem 3. 
Sem yang paling tough. Sem yg paling banyak buat air mata ni meleleh. Time SPM pun tak mcm tu. Tapi tu semua dah lepas. Sekarang kena focus untuk external exam. Allah tak pandang result, tapi Allah pandang usaha kita. Suka quote tu. Result cemerlang ke tak cemerlang ke Allah yg bagi. Yakin dgn Allah. Jaga hubungan dgn Allah. Jaga hubungan dgn manusia. Semoga result sem 3 ni ada peningkatan. Amin.

Lastly, doakan kami semua dapat buat yg terbaik dan dapat result yg gempak untuk external exam next sem. Amin.









Monday, May 20, 2013

The day with IK Clan

P.E.A.C.E..B.E..U.P.O.N..Y.O.U :)

Assalamualaikum. Annyeohasaeyyo. Moshi moshi. :)

Hai! Beberapa hari yg lepas 15.5.2013, aku dan IK clan pergi sekolah untuk ambil sijil SPM dan 1119 (english). Kenapa pergi the day before hari guru? Kenapa tak join je budak-budak yg nak pergi time hari guru? Sebab time hari guru nanti sure crowded gila sekolah/dewan As-Sharifah tu. Ermm sbb tu lah kot we decided untuk pergi hari Rabu. 

Pukul 9.30 camtu aku gerak pergi rumah Syera Karim. Fetch her and then straight to our beloved school. Around 10.30 sampai sekolah. Call Nani, dia kata dieorg semua tgh tunggu dak Wana yg kata pergi Alor Gajah hantar her aunt. Wana telah menjadi seorang wanita yg sangat busy semenjak dua menjak ni.lol. Then, sementara tunggu mereka yg berada di MC tu, aku dan Syera merayap sebentar dekat area blok Fairus. Sekarang blok tu dah kosong tiada penghuni. Hmmm patut robohkan je bangunan tu. Dah tua sangat. Dah la ada sejarah bumbung terbang time Form 2 dulu. Haha. Lawak bila dgr cerita budak-budak aras 3. Bayangkan, bangun2 tidur je tetiba nampak langit. lol. Lepas tu lepak dekat pondok depan blok F tu. 

Anis, called. She said they were at Dewan. Maka, kami pun bergegas ke sana. Nampak kereta proton wira. Ada Anis(driver), Diba dan Aten. Lepas tu Wana pulak sampai bersama Alza-nya. Ada Nani, Aimi, Nisa dan Man. Muka masing-masing excited! Huuuuuuuu seronok jumpa korang! 

Pergi pejabat. Naik bilik guru. Bilik panitia. Bilik kebitaraan. Bilik kaunselling. Lab form 1, jumpa Teacher Has. Bilik koku. Bilik guru sains. Ambil gambar. Balik.

Eh tak balik rumah pun actually. Kitaorg pergi Jusco baru. Nak lunch. Before pergi Pizza Hut, aku, Nisa and Syera terjumpa cikgu yam. Cikgu Yam dulu cikgu BM kiteorg, sangat penyayang. heee :) Sekarang ni dia dah pindah dekat Henry Gurney. Dia cakap lagi best best mengajar dekat situ. Ok fine.lol. Then pergi popular sekejap sebab nak jumpa kakak popular. Haha. Dak Khairin kerja dekat situ sekarang ni. Sebulan je katanya. Then lunch! Lapar baq hang :3

Lepas makan, solat, Shopping sekejap. Then balik lah rumah. 

With Teacher Has, our Biology teacher :)



Wana le Alza driver. teehee ^^

Aimi and Wana :)

From left wana,nisa,aimi,syera,me,man

With Cikgu Ida our Math teacher :)




Sunday, March 17, 2013

Syahidatul Haq Programme

P.E.A.C.E..B.E..U.P.O.N..Y.O.U :)

Assamualaikum semua. Post ini di tulis menggunakan laptop baru. Hihi :) So, mcm excited sikit. Maaf

Act petang tadi baru balik dari Program Syahadatul Haq di Kuang, Selangor. Perjalanan dr Intec sampai sane adelah dalam sejam. First dapat tahu prog ni sebab akak naqibah aku yg bg tau. Nama akak naqibah saye Kak Mina. Dia sangat comel, kelakar, pandai, bakal doctor youu and at the same time dia bnyk sangat ilmu agama. Walaupun dia bukan dari sekolah agama mcm aku, tapi dia ade effort untuk carik bende2 mcm tu. Tak mcm aku *sigh* 

Housemates, Qila n Eza except Emy semua join. Emy balik sebab next week abg die dah nak pergi Sarawak, kerja. Lain-lain budak engineering. Farah XP, Farahniza, Fadilah, Ireena. Usrah-mates aku, Hanis and Ena. Classmates, Akhsya and Azaliah. Seronok sebab ramai kawan. nanti takdelah rase forever alone sangat. Haha

Otw ke sana, kiteorg diberi task oleh kakak2 naqibah utk baca surah Al-Kahfi memandangkan hari tu hari Jumaat kan. Maka, masing2 pun bukalah AQ. Walaupun ade yg tak sempat habis baca (maklumlah dlm bas kan pening kalau membaca) tapi mereka ade jugak effort dan Allah akan pandang usaha kita tu InsyaAllah. Arrived there  at 4pm. Letak barang2 dalam bilik, then solat asar berjemaah. Lepas solat kiteorg bace Al-mat'thurat. Hmmm sejak keluar dr alam persekolahan ni mmg dah jarang sangat lah bace Al-ma'thurat :(

Tibalah aktiviti yg paling best. Game in swimming pool. Yeah tempat yg kiteorg pergi tu ade swimming pool. Besar pulak tu. Mmg cool gila. Hehe. Masing2 tunjuk muke excited, yelah jarang sangat nak main2 air ni. Mane boleh lepaskan peluang ni kan. Main game tiup kapal kertas sampai ke penghujung swimming pool yg deep gila. Aku org second last, pehh dah la tak pandai berenang. Lepas game tu, aktiviti bebas. Ape lagi, aku ni yg tak pandai langsung berenang bersungguh-sungguh belajar basic swimming from Dila. Akhirnya aku boleh terapungkan badan. tapi still tak reti berenang. Sobsss. Penat owh swimming. Thaks to Dila sebab sudi ajar aku yg noob ni. Dila keluar dr dwimming pool tu time dah nak Maghrib kot. Gila lah. Tak penat ke..Jelessss

Malam tu lepas solat magrib dan isyak, kiteorg tgk video pengenalan kpd Syahadatul Haq. Dan baru tahu yg non-muslim boleh menuntut dekat kita pada hari akhirat kelak knp kita tak kenalkan Islam kat mereka. Dulu fikir, kene mantapkan diri dulu n org2 sekeliling for eg families and kawan-kawan rapat kita je. hmmm. Mlm tu mcm intro je, so takde pengisian.

Pagi bangun solat Subuh berjemaah jugak. Lepas tu bace al'ma'thurat pagi. Tapi untuk mengelakkan kita dari mengantuk dan tersengguk-sengguk, akak tu ade buat cara baru - bace sambil berdiri dan setiap kali nak bace the next ayat, kite kene bergerak ke kanan selangkah. Interesting dan mmg lah mengantuk tapi takdelah sampai tersengguk sebab tgh berdiri. Haha. Pukul 8 breakfast nasi goreng. Mcm biase makan dalam talam. Sweet kan. hihi. Then, dhuha.

Maka tibalah at the main point of this program. Pengisian terhadap Syahadatul Haq - Penyaksian ke atas suatu kebenaran. Disampaikan oleh Kak Mira. Grad from Aussie :) Time tu barulah tahu yg kita ni wajib menyampaikan syahadah iaitu penyaksian kita bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah kepada bukan sahaja org Islam bahkan org yg NOT YET muslim. Berbeza org yg not yet muslim dgn org kafir ni. Definisi org kafir - org yg berpaling kpd kebenaran. Dieorg dah tahu kewujudan Islam. Dah tahu tentang hikmah2 yg ada dlm Islam. Tapi dieorg deny semua tu. Kalau org yg not yet muslim ni pulak, die tak tahu. Means that, mungkin dia tau yg org Islam ni berpuasa bulan Ramadhan, solat lima waktu. Tapi dia hanya sekadar tahu perkara tu. Dia tak tahu kenapa kite buat semua tu. Takde org yg cuba sampaikan Islam yg sebenar kpd mereka. 

Time tu barulah mcm terbukak sikit minda ni. Dakwah itu wajib. Kalau bukan kita, siapa lagi yg bimbing kawan2 atau family yg perlukan bimbingan kita. Kite ni tak boleh nak salahkan dieorg 100 percent sbb mungkin mereka kurang ilmu agama. Allah dah pilih org2 yg datang program Syahadatul haq tu untuk sampai kan dekat dieorg ni. Kita kalau nak berjaya, kena lah berjaya secara berjemaah. Jgn jadi selfish. Jumlah manusia kat dunia ni lebih kurang 7.1 billion and amount of muslims is around 1.8 billion only. And among that 1.8 billion berapa ramai yg betul2 on the right path?

Bile dapat tahu hakikat tu rase macam sangat berat beban yg terpikul di bahu ni. Even dah sekolah agama for 5 years pun aku masih lagi terkapai-kapai. yes i admit that. Aku ni pun masih dalam proses mengenali Islam walaupun mase spm dulu PSI, PQS, BAT dapat A. tapi tu hanya sekadar kat kertas. Malu dgn diri sendiri sebab tak praktikkan ilmu yg dah belajar dulu walaupun dah tau hakikat yg ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buahnya. Sangat tahu. Tapi dulu aku ni mcm cermin. Org ajak buat baik, semua reflect balik. Tak masuk dalam hati. Mmg lah hati kita Allah yg pegang tapi without effort tak menjadi jugak. 

Bukan mudah untuk megajak org membuat kebaikan. Setiap kali kite move on the next step, semakin banyak ujian yg akan Allah bagi. (Kak Ain, SH Kuang,2013) Tapi tak boleh ke kite tgk betapa bnyk nikmat yg Allah dah bagi kat kita selama kita hidup ni? Kalau nak kira mmg tak kan mampu sebab sekecil-kecil nikmat Allah adalah udara yg kite hirup setiap saat ni. Dan sebesar-besar nikmat adalah nikmat Islam dan Iman. Mungkin kita akan rase berat sangat untuk sebarkan dakwah ataupun ajak org buat kebaikan. Tapi setiap kali kita rase penat, cuba muhasabah balik diri. Fikir segala nikmat yg Allah dah bagi. Tak boleh ke kite berkorban sikit je demi menegakkan agama Allah. Mmg kita akan rase sangat pahit. Tapi kepahitan tu semantara sahaja dan ia akan berakhir bila kite diberi nikmat yg lebih besar iaitu syurga Allah. 

Lepas tamat pengisian tu lunch then solat zohor. The next activity is luahan perasaan. Hihi. Slot ni pun aku suke sebab dieorg volunteer cerita perasaan/pendapat/pengalaman dieorg. Yelah Syahadatul Haq ni berat bg kiteorg yg baru nak mendalami Islam yg sebenar2nya Islam ni. Then, solat asar n LDK. Time LDK ni kiteorg ddk in group of 5. Bincang balik ape yg kiteorg dapat tadi. Nak sampaikan dakwah ni bkn mudah dan yg paling susah ialah family kita sendiri. Kadang2 kita lebih senang nak approach kwn2 berbanding adik-beradik or parents sendiri. Akak tu ckp, mungkin antara cara yg paling mudah dan efektif adalah dgn menunjukkan sifat yg baik dulu. Kite boleh jugak cerita ilmu yg kita dapat ni kat dieorg secara santai means that, jgn lah skema sangat. Dan paling penting usaha tu dan never give up. Kak Mira ckp takes time jugak utk ibu die join usrah akak ni. It took almost 4 years. Allah terasa berat sangat tanggungjawab kita. Takkan lah kite nak ignore family kita. Takkan kite nak masuk syurga sorang2. Kalau kite tak tolong mereka, kelak time hari pembalasan, mereka akan menuntut bela dari kita. Time tu kita mmg dah boleh nak ckp ape2 dah sbb waktu di dunia kite langsung takde effort nak ajak family/kawan2 mendalami Islam. Takutkan? Nauzubillah. Moga Allah beri kekuatan to each of us untuk menjadi khalifah di muka bumi ni buka sahaje menjadi abid. 


Wassalam. 

Syahidatul Haq - Kuang, Selangor - 15/3-16/3/2013

Sunday, February 3, 2013

CFS IIUM, Aku Datang

P.E.A.C.E..B.E..U.P.O.N..Y.O.U :)

We're the torchbearer of the ummah - CFS IIUM official song

Tajuk mmg nak gempak pun. Hehe. 

Last Thursday faizah, atira and i went to Sunway Pyramid. Watched Hansel and Gretel. That movie is totally awesome and the plot is not boring at all. Only for one and a half hour, then the movie ended. After that we lunch at Papa John. ouh pizza hut is more worth! Window shopping for about 3 hours. yeah i didn't buy anything because i'm cool liddat. Hahaha. After Maghrib, we took the bus until Subang Jaya and went back to Shah Alam by KTM.

the next day which is Friday, after the aca-awesome class with Ustazah Ahiasah we (Faizah and i) went to Mid Valley to meet our friends. Act we haven't any classes from Wednesday until this weekend but suddenly Ustazah said that our ALIS class is not cancel. With full of determination, we went there. We only recite Surah Al-Kahfi and its ibrah (pengajaran) then the class is dismissed. Ohhh not to be forgotten, Ustazah gave us extra 2 points for our carry marks :D About 12 noon we took bus to KTM Shah Alam and bought ticket to Mid Valley. Then my ex-roommates (Ainun,Sae,Mira and their new roommate, Dayah) from UIA arrived there at 3 i guess. They took me at Food Garden and lunch there. I ate mee sizzling. Omnomnom. Deliciousss.


From left : Sae, Ainun, me and Mira (Dayah is not in picture)

At night, i met Ekin n Femah. Miss them so much! We were eating doughnut from Big Apples and have a chat until 10 pm. In a mean time, i met Adel and Zia. They were otw to AliB for dinner maybe. And also Nana, She was rushing to somewhere there for FSCC meeting. She's such a busy girl. After that, I went back to KC alone *Huuu I'm a brave girl.* and saw brothers still playing football even though its late. Healthy lifestyle indeed. Then, i have my supper at room. Domino's uolls.Kekeke. And sleep.~~

Saturday morning, i'm having breakfast at room. Nestum Choc + Nestum Honey + Quaker Oats. Just nice :) Then meet Femah and Ekin at bus stop in front of CFS. After several minutes, we decided to ride cab because we can't wait for buses more. Lembab okay. 
Bought ticket to Bandar Tasik Selatan because they want to buy bus ticket for this upcoming Chinese New Year. Otw to Putra, Faizah drop off at KL Sentral and went back to Shah Alam. Then we headed to Putra and walked a few meters to PWTC. After that, Ekin, Fahimah and i have our lunch at Pizza Hut. weeee~~~ My ex-roomates is not joining us as they went back early. 


From left : Me, Femah, Ekin at Pizza Hut :)



After eating, we headed to Putra station. I bought ticket to Shah Alam and the other two to Mid Valley. Suddenly i saw my usrah-mate there. Thank God I'm not alone. A few minutes later, KTM to Sg. Gadut then Pelabuhan Klang. Femah and Ekin took the first train as our route is different. I arrived at Akasia about 4 pm. Online. Then sleep until Isyak. Hahaha. I'm super tired but happy!

Thanks friend for your time. I'll cherish each of these moment :')




p/s : I'll taking IELTS next sem, yet my english is still suck.....as ever :( Forgive me for my grammatical mistake.


Wednesday, December 26, 2012

Wrap Up

P.E.A.C.E..B.E..U.P.O.N..Y.O.U :)

Cause i knew u were trouble when u walked in. -Tay

Haih dah lama gila tak update blog ni. Bukan malas, tapi takde mood. dan sekarang aku tak reti nak bercerite lagi mcm dulu lagi. aku rase ke'eksaited'an aku mcm makin berkurangan je. tp time jumpe erin,syera karim n lain2 over-eksaited pulak.hahaha. 

act nak cerita pasal what have happened throughout this year dan lepas2. start with.... 

January. nothing much happened because i only started my looooong holiday after spm. so time tu jugak kembali dekatkan diri pada korea-morea ni *pssst diba aku amek vocab kau.hewhew* memandangkan aku hiatus selama beberapa bulan utk beri laluan kpd spm yg disayangi dan dikasihi. sepatutnye dekatkan diri pd Allah kan. apelah aku ni.haish. ohh lupe, dan aku start kelas memandu. Awal2 aku dpt instructor yg hamper gila kot. Time tu aku first time bwk kereta dan dia langsung tak ajar aku proper way utk handle kereta tu. Nasiblah aku tak langgar tiang ke masuk longkang ke seret orang bwh kereta ke. Then, aku mintak tukar orang. Nasib baik ok. ;)

February. Same as the previous month i thought. Gain nothing. Terperap dekat rumah. Tengahari hantar nasi dekat Adib di sekolah. Driving class. Itu jelah kot.

March. The best month ever. 'Ever' ke? Dapat lesen P. Result spm keluar. And as i expected 2B tapi subjek lain pulak yg slack. Takpe lah dah rezeki. Next day datang sekolah lagi sebab ade taklimat. Act tak wajib pun tapi saje je datang jumpe cikgu-cikgu, tgk adik-adik sekolah.hmmm. Lepas tu pergi Jusco dgn budak2 ni. Makan pizza. Ummpphhh. Lazizun jiddan! Time lepas dpt result ni busy sikit sbb kene isi macam2. Yang scholar tu taknak kalah suruh print semua borang sendiri. Dengan essay bagai nak kene buat.

April. Interview Felda kot utk course biotech kat KL dan aku tak pergi. Meneruskan usaha usha scholar.

May. Result upu keluar. Aku dapat course Allied Health Science di UIA PJ. Sibuk prepare borang-borang dan barang-barang yg diperlukan. Lepas tu result interview mara keluar. Dpt course Pure Sc. Pergi interview dekat JB.

June. Register kat UIA sbb dah bayar yuran. Masa tu naif tak tahu pun boleh tuntut balik duit. Dua minggu dekat UIA. Worth it. No regret. :D 

July. Register dekat Intec pulak. Berdeba' seyh! MDS awesome. Memandangkan kat sane macam bebas sikit. Makanya harus behave.

My classmates. *10SC1*

August. My birthday on Hari Raya.

September. October. Nothing special happen. Just the same routine. Class. Eat. Home. Sleep.

November. End of semester examination. Cuti sem. Maka bermulalah rutin mcm lepas spm dulu.

December. Result keluar. teruk gila ok. ohh aku buat minor surgery kat eyelid. hewhew. Now dah normal da. :D Balik Intec this 30/12. Tak bersemangat langsung.

Semoga hidup aku akan lebih teratur sem depan ni. Amin.

*Hari Graduasi*



*Hari Raya 2011*



Pay more attention to that signboard. hahaha 


*the length of story decreases as the time spent on desktop increases* lol