Sunday, March 17, 2013

Syahidatul Haq Programme

P.E.A.C.E..B.E..U.P.O.N..Y.O.U :)

Assamualaikum semua. Post ini di tulis menggunakan laptop baru. Hihi :) So, mcm excited sikit. Maaf

Act petang tadi baru balik dari Program Syahadatul Haq di Kuang, Selangor. Perjalanan dr Intec sampai sane adelah dalam sejam. First dapat tahu prog ni sebab akak naqibah aku yg bg tau. Nama akak naqibah saye Kak Mina. Dia sangat comel, kelakar, pandai, bakal doctor youu and at the same time dia bnyk sangat ilmu agama. Walaupun dia bukan dari sekolah agama mcm aku, tapi dia ade effort untuk carik bende2 mcm tu. Tak mcm aku *sigh* 

Housemates, Qila n Eza except Emy semua join. Emy balik sebab next week abg die dah nak pergi Sarawak, kerja. Lain-lain budak engineering. Farah XP, Farahniza, Fadilah, Ireena. Usrah-mates aku, Hanis and Ena. Classmates, Akhsya and Azaliah. Seronok sebab ramai kawan. nanti takdelah rase forever alone sangat. Haha

Otw ke sana, kiteorg diberi task oleh kakak2 naqibah utk baca surah Al-Kahfi memandangkan hari tu hari Jumaat kan. Maka, masing2 pun bukalah AQ. Walaupun ade yg tak sempat habis baca (maklumlah dlm bas kan pening kalau membaca) tapi mereka ade jugak effort dan Allah akan pandang usaha kita tu InsyaAllah. Arrived there  at 4pm. Letak barang2 dalam bilik, then solat asar berjemaah. Lepas solat kiteorg bace Al-mat'thurat. Hmmm sejak keluar dr alam persekolahan ni mmg dah jarang sangat lah bace Al-ma'thurat :(

Tibalah aktiviti yg paling best. Game in swimming pool. Yeah tempat yg kiteorg pergi tu ade swimming pool. Besar pulak tu. Mmg cool gila. Hehe. Masing2 tunjuk muke excited, yelah jarang sangat nak main2 air ni. Mane boleh lepaskan peluang ni kan. Main game tiup kapal kertas sampai ke penghujung swimming pool yg deep gila. Aku org second last, pehh dah la tak pandai berenang. Lepas game tu, aktiviti bebas. Ape lagi, aku ni yg tak pandai langsung berenang bersungguh-sungguh belajar basic swimming from Dila. Akhirnya aku boleh terapungkan badan. tapi still tak reti berenang. Sobsss. Penat owh swimming. Thaks to Dila sebab sudi ajar aku yg noob ni. Dila keluar dr dwimming pool tu time dah nak Maghrib kot. Gila lah. Tak penat ke..Jelessss

Malam tu lepas solat magrib dan isyak, kiteorg tgk video pengenalan kpd Syahadatul Haq. Dan baru tahu yg non-muslim boleh menuntut dekat kita pada hari akhirat kelak knp kita tak kenalkan Islam kat mereka. Dulu fikir, kene mantapkan diri dulu n org2 sekeliling for eg families and kawan-kawan rapat kita je. hmmm. Mlm tu mcm intro je, so takde pengisian.

Pagi bangun solat Subuh berjemaah jugak. Lepas tu bace al'ma'thurat pagi. Tapi untuk mengelakkan kita dari mengantuk dan tersengguk-sengguk, akak tu ade buat cara baru - bace sambil berdiri dan setiap kali nak bace the next ayat, kite kene bergerak ke kanan selangkah. Interesting dan mmg lah mengantuk tapi takdelah sampai tersengguk sebab tgh berdiri. Haha. Pukul 8 breakfast nasi goreng. Mcm biase makan dalam talam. Sweet kan. hihi. Then, dhuha.

Maka tibalah at the main point of this program. Pengisian terhadap Syahadatul Haq - Penyaksian ke atas suatu kebenaran. Disampaikan oleh Kak Mira. Grad from Aussie :) Time tu barulah tahu yg kita ni wajib menyampaikan syahadah iaitu penyaksian kita bahawa tiada Tuhan selain Allah dan Muhammad itu pesuruh Allah kepada bukan sahaja org Islam bahkan org yg NOT YET muslim. Berbeza org yg not yet muslim dgn org kafir ni. Definisi org kafir - org yg berpaling kpd kebenaran. Dieorg dah tahu kewujudan Islam. Dah tahu tentang hikmah2 yg ada dlm Islam. Tapi dieorg deny semua tu. Kalau org yg not yet muslim ni pulak, die tak tahu. Means that, mungkin dia tau yg org Islam ni berpuasa bulan Ramadhan, solat lima waktu. Tapi dia hanya sekadar tahu perkara tu. Dia tak tahu kenapa kite buat semua tu. Takde org yg cuba sampaikan Islam yg sebenar kpd mereka. 

Time tu barulah mcm terbukak sikit minda ni. Dakwah itu wajib. Kalau bukan kita, siapa lagi yg bimbing kawan2 atau family yg perlukan bimbingan kita. Kite ni tak boleh nak salahkan dieorg 100 percent sbb mungkin mereka kurang ilmu agama. Allah dah pilih org2 yg datang program Syahadatul haq tu untuk sampai kan dekat dieorg ni. Kita kalau nak berjaya, kena lah berjaya secara berjemaah. Jgn jadi selfish. Jumlah manusia kat dunia ni lebih kurang 7.1 billion and amount of muslims is around 1.8 billion only. And among that 1.8 billion berapa ramai yg betul2 on the right path?

Bile dapat tahu hakikat tu rase macam sangat berat beban yg terpikul di bahu ni. Even dah sekolah agama for 5 years pun aku masih lagi terkapai-kapai. yes i admit that. Aku ni pun masih dalam proses mengenali Islam walaupun mase spm dulu PSI, PQS, BAT dapat A. tapi tu hanya sekadar kat kertas. Malu dgn diri sendiri sebab tak praktikkan ilmu yg dah belajar dulu walaupun dah tau hakikat yg ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buahnya. Sangat tahu. Tapi dulu aku ni mcm cermin. Org ajak buat baik, semua reflect balik. Tak masuk dalam hati. Mmg lah hati kita Allah yg pegang tapi without effort tak menjadi jugak. 

Bukan mudah untuk megajak org membuat kebaikan. Setiap kali kite move on the next step, semakin banyak ujian yg akan Allah bagi. (Kak Ain, SH Kuang,2013) Tapi tak boleh ke kite tgk betapa bnyk nikmat yg Allah dah bagi kat kita selama kita hidup ni? Kalau nak kira mmg tak kan mampu sebab sekecil-kecil nikmat Allah adalah udara yg kite hirup setiap saat ni. Dan sebesar-besar nikmat adalah nikmat Islam dan Iman. Mungkin kita akan rase berat sangat untuk sebarkan dakwah ataupun ajak org buat kebaikan. Tapi setiap kali kita rase penat, cuba muhasabah balik diri. Fikir segala nikmat yg Allah dah bagi. Tak boleh ke kite berkorban sikit je demi menegakkan agama Allah. Mmg kita akan rase sangat pahit. Tapi kepahitan tu semantara sahaja dan ia akan berakhir bila kite diberi nikmat yg lebih besar iaitu syurga Allah. 

Lepas tamat pengisian tu lunch then solat zohor. The next activity is luahan perasaan. Hihi. Slot ni pun aku suke sebab dieorg volunteer cerita perasaan/pendapat/pengalaman dieorg. Yelah Syahadatul Haq ni berat bg kiteorg yg baru nak mendalami Islam yg sebenar2nya Islam ni. Then, solat asar n LDK. Time LDK ni kiteorg ddk in group of 5. Bincang balik ape yg kiteorg dapat tadi. Nak sampaikan dakwah ni bkn mudah dan yg paling susah ialah family kita sendiri. Kadang2 kita lebih senang nak approach kwn2 berbanding adik-beradik or parents sendiri. Akak tu ckp, mungkin antara cara yg paling mudah dan efektif adalah dgn menunjukkan sifat yg baik dulu. Kite boleh jugak cerita ilmu yg kita dapat ni kat dieorg secara santai means that, jgn lah skema sangat. Dan paling penting usaha tu dan never give up. Kak Mira ckp takes time jugak utk ibu die join usrah akak ni. It took almost 4 years. Allah terasa berat sangat tanggungjawab kita. Takkan lah kite nak ignore family kita. Takkan kite nak masuk syurga sorang2. Kalau kite tak tolong mereka, kelak time hari pembalasan, mereka akan menuntut bela dari kita. Time tu kita mmg dah boleh nak ckp ape2 dah sbb waktu di dunia kite langsung takde effort nak ajak family/kawan2 mendalami Islam. Takutkan? Nauzubillah. Moga Allah beri kekuatan to each of us untuk menjadi khalifah di muka bumi ni buka sahaje menjadi abid. 


Wassalam. 

Syahidatul Haq - Kuang, Selangor - 15/3-16/3/2013

No comments:

Post a Comment